Thursday, 19 December 2013

CINTA SELEPAS AKAD

okay hari ni cik fatin nak cakap pasal "CINTA SELEPAS AKAD"
ada yang kata 'bercinta'  boleh,ada yang kata tak boleh.mana satu ni??
ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin,boleh.. betul ke??
ada yang kata penting 'bercinta' sebelum kahwin. ada yang sebaliknya. mana satu ni???

cinta selepas akad bukan bermakna tiada cinta sebelum akad. cinta itu memang ada.
perasaan cinta itu memang wujud.. cuma kadangkala manusia berbeza dengan 
DEFINISI CINTA

bagi fatin,cinta selepas akad itu ialah "perasaan/bercinta" yang wujud hanyalah selepas nikah,
hanyalah selepas sah akad nikah

Tiada "percintaan/bercinta" sebelum nikah, kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya
"bercinta" sebelum nikah atau istilah mereka "couple". tiada istilah couple dalam islam sebelum menikah. couple itu wujud hanyalah selepas nikah.

jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah,tapi jangan "bercinta" sebelum akad. 
kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum akad boleh,tapi kawal nafsu,kuatkan iman,
tak perlu kita nak lafazkan cinta itu sebelum nikah. ingatlah,cinta itu fitrah, jangan jadikan ianya fitnah

nikmatnya cinta selepas akad itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. Insya Allah 
"REDHA ALLAH DICARI,BUKANNYA KEMURKAAN ALLAH"



jadikanlah cinta anda CINTA HIGH CLASS
dan cintailah seseorang kerana AGAMANYA BUKAN RUPA PARASNYA
kerana RUPA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN
^__^

saya cintakan awak kerana ALLAH SWT dan kerana itu,saya menjaga hati saya dan iman saya juga kerana ALLAH SWT.buat masa ini kita kawan sahaja ye, bila sampai masanya akan saya utuskan awak untuk jadikan saya yang sah dan halal buat awak dan menjadi peneman awak ketika susah dan senang dalam mengjulang syariat islam setingginya sekaligus peneman saya dan orang yang terakhir dalam hidup saya sebelum mata saya terpejam 
untuk selama-lamanya

dimana dia?siapakah dia? tinggi ke? pendek ke? gemok ke? hitam ke? putih ke? 
bilakah kami akan bersatu??
saya sendiri tidak mengetahui apakah rancanganNya, yang saya mampu lakukan hanyalah berdoa agar utusan darinya adalah yang dapat membimbing saya kejalanNya..

INSYA ALLAH 
^__^

jauhkan aku daripada maksiat,daripada fitnah,daripada perkara-perkara yang tidak diredhai Mu..

Sunday, 24 November 2013

HARGAILAH DAN JANGAN PERSIAKAN CINTA YANG ANDA MILIKI

Bercinta tidak semestinya bersamanya iaitu 
tidak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cintai.
bersederhanalah dalam menyayangi,mengasihi dan mencintai seseorang.
bimbang jika satu hari nanti orang yang kita cintai tiba-tiba pergi jauh dari kita?
boleh atau tidak kita menerima hakikat itu?
jodoh pertemua semua Allah dah tentukan.
jangan sekali-kali melawan takdir.
jika dia bukan milik kita,terimalah hakikat
jangan menyalahkan orang itu atau orang lain.
kalau kita menyalahkan orang lain,bermakna kita menyalahkan takdir 
ALLAH
sedangkan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
^_^

jangan sesekali memaksa orang untuk 
menyayangi kita,untuk cintakan kita,untuk bersama kita
biarlah dia cintakan kita,sayangkan kita dengan rela hati dia.
biar dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita.
sebab,,
sekiranya kita memaksa orang lain untuk menyayangi kita,
hakikatnya ianya tidak ikhlas.
anda nak ke orang sayangkan kita,cintakan kita dengan kepura-puraan???
jika kita terpaksa lepaskan dia pergi.
lepaskanlah dengan rela hati.
mungkin itu yang terbaik untuk kita dan untuk kebahagiaan dia..
kalai kita sayang seseorang itu mesti kita nak tengok dia bahagia kan??
tapi jika dia kembali semula pada kita,
tanyalah hati kita samaada boleh menerimanya kembali atau tidak..

bersyukurlah jika dia kembali semula kepada kita,
mungkin dia benar untuk kita..
akan tetapi,anda juga perlu selidik terlebih dahulu atas sebab apa dia ingin kembali kepada kita.
hargailah apa yang kita ada sekarang. 
sayangilah orang yang sayang kita,
cintailah orang yang mencintai kita. 
sebab
jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain.
sebab,belum tentu orang itu akan menjadi milik kita.
belum tentu orang lain itu akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita


Friday, 15 November 2013



Sebelum Engkau Halal Bagiku

Ya Allah 
aku berdoa untuk seorang lelaki 
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
seseorang yang sangat mencintai-Mu melebihi dari segala sesuatu
seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua
di hatinya selain Mu
seseorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
tetapi untuk Mu
wajah tampang dan daya tarikan tidaklah penting
yang pengting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat Mu ada pada dirinya 
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan 
untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
seseorang yang memiliki hati yang bijak,tidak hanya otak yang cerdas
seseorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
seseorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat
 menasihatiku ketika melakukan kesalahan

seseorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat 
menasihatiku ketika melakukan kesalahan

seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku
tapi kerana hatiku

seseorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam
setiap waktu dan situasi
seseorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai
seorang wanita ketika aku disisinya


Ya Allah 
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku
meminta seseorang yang tidak sempurna.
sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimata-Mu

seseorang lelaki yang memerlukan sokonganku
sebagi peneguhnya
seseorang lelaki yang memerlukan doaku untuk
kehidupannya
seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk 
menyatasi kesedihanya
seseorang yang memerlukan diriku untuk membuatkan 
hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya
bangga
Ya Allah
aku juga meminta
jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat menbuatnya
bangga
berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku
dapat mencintaiya dengan sekadar cintaku
berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
berikan aku tanggan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak
hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata
bijaksana,mampu memberikan semangat serta menyokong setiap saat
dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi 
dan bila mana akhirnya kami akan bertemu,aku berharap 
kami berdua dapat mengatakan

"BETAPA MAHA BESARNYA ENGKAU KERANA TELAH MEMBERIKAN KEPADAKU PASANGAN YANG MAMPU MEMBUATKAN HIDUPKU MENJADI SEMPURNA"

aku mengetahui bahawa engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. dan engkau akan membuat segala sesuatu yang indah pada waktu yang telah engkau tentukan


insya-Allah...

^_^



Wednesday, 13 November 2013

ASSALAMUALAIKUM UOLSSsss

ape khabar semua uolss... sihat kan?? alhamdulillah,lau xsihat p klnik cepat-cepat tau,
almaklum la kan sekarang musim demam.. 
untuk post yang pertama cik fatin, 
nak cakap sikit pasal nikah gantung atau dalam bahasa arab nikah kitbah.
mesti korang tertanya-tanya macam mana nikah kitbah kan?? 
okay cik fatin tolong jelaskan yuk..
kitbah bermaksud pertunangan dan nikah khitbah atau nikah gantung meyerupai pertunangan kerana pasangan tidak duduk serumah.
 akan tetapi nikah gantung ni sama je macam nikah yang biasa nii cuma tak ada kenduri dan pasangan masih tinggal berasingan.
bezanya kat sini ialah bagi yang bertunang cara biasa ni ada batas2 dan had pergaulan sebab hubungan mereka belum sah.
 TAPI pasangan yang telah nikah gantung adalah pasangan suami isteri yang sah. ^_^

biasanya nikah gantung dibuat kerana suaimi masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah,pakaian dan sebagainya. pasangan masih lagi menuntu dan masih belajar. belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

setelah majlis akad nikah berlangsung,kedua2 pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia  untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. biasanya pasangan akan tinggal dirumah keluarga masing-masing.

tujuan utama nikah gantung adalah bagi mengelakkan berlakunya pengzinaan dan kelahiran anak luar nikah. setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung,mereka boleh bertemu,berdating dan bermesra.malah jika melakukan hubungan seks hingga melahirkan anak ianya tidah salah dan tidak haram. anak yang lahir tuu sah hukumnya.dan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah menurut undan-undang kerajaan malaysia. 

dengan itu,si gadis yang mengandung dalam tempoh nikah gantung tidak perlu panik dan takut kerana anak yang dikandung  adalah sah.dan sekaligus kes-kes pembuangan bayi dapat dielak kan,,,
DISINI ANDA BOLEH LIHAT SENDIRI KAN BAHAWA AJARAN ISLAM ITU AMATLAH MUDAH DAN MAMPU MERINGANKAN UMATNYA DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SEHARIAN


Sampai sini dulu untuk pos cik fatin yang pertama ehh,.. rasa cam nak nikah gantung jugak je.. takut terjadinya zina mata,zina hati,zina telinga,zina mulut dan sebagainya.. inyaAllah perkara yang baik akan dipermudahkan oleh Nya.. amin.. okay la gud nyte.. assalamualaikum uolss ^_^