Thursday, 19 December 2013

CINTA SELEPAS AKAD

okay hari ni cik fatin nak cakap pasal "CINTA SELEPAS AKAD"
ada yang kata 'bercinta'  boleh,ada yang kata tak boleh.mana satu ni??
ada yang kata 'bercinta' dengan niat nak kahwin,boleh.. betul ke??
ada yang kata penting 'bercinta' sebelum kahwin. ada yang sebaliknya. mana satu ni???

cinta selepas akad bukan bermakna tiada cinta sebelum akad. cinta itu memang ada.
perasaan cinta itu memang wujud.. cuma kadangkala manusia berbeza dengan 
DEFINISI CINTA

bagi fatin,cinta selepas akad itu ialah "perasaan/bercinta" yang wujud hanyalah selepas nikah,
hanyalah selepas sah akad nikah

Tiada "percintaan/bercinta" sebelum nikah, kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya
"bercinta" sebelum nikah atau istilah mereka "couple". tiada istilah couple dalam islam sebelum menikah. couple itu wujud hanyalah selepas nikah.

jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah,tapi jangan "bercinta" sebelum akad. 
kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum akad boleh,tapi kawal nafsu,kuatkan iman,
tak perlu kita nak lafazkan cinta itu sebelum nikah. ingatlah,cinta itu fitrah, jangan jadikan ianya fitnah

nikmatnya cinta selepas akad itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. Insya Allah 
"REDHA ALLAH DICARI,BUKANNYA KEMURKAAN ALLAH"



jadikanlah cinta anda CINTA HIGH CLASS
dan cintailah seseorang kerana AGAMANYA BUKAN RUPA PARASNYA
kerana RUPA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN
^__^

saya cintakan awak kerana ALLAH SWT dan kerana itu,saya menjaga hati saya dan iman saya juga kerana ALLAH SWT.buat masa ini kita kawan sahaja ye, bila sampai masanya akan saya utuskan awak untuk jadikan saya yang sah dan halal buat awak dan menjadi peneman awak ketika susah dan senang dalam mengjulang syariat islam setingginya sekaligus peneman saya dan orang yang terakhir dalam hidup saya sebelum mata saya terpejam 
untuk selama-lamanya

dimana dia?siapakah dia? tinggi ke? pendek ke? gemok ke? hitam ke? putih ke? 
bilakah kami akan bersatu??
saya sendiri tidak mengetahui apakah rancanganNya, yang saya mampu lakukan hanyalah berdoa agar utusan darinya adalah yang dapat membimbing saya kejalanNya..

INSYA ALLAH 
^__^

jauhkan aku daripada maksiat,daripada fitnah,daripada perkara-perkara yang tidak diredhai Mu..